Sunday, January 17, 2010

PETUA IMAM SYAFEI R.A

Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai ATharuman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas.
Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيم

No comments:

Post a Comment